Saturday, March 27, 2010

salam pembuka bicara

assalamualaikum wbt.

sebagai insan bergelar manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan atau lebih spesifiknya dosa. selama hampir 22 tahun hidup di muka bumi Allah ini, banyak perkara yang saya kesalkan. dan saya harap saya tidak pernah melakukannya. tapi pepatah orang terdahulu, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidaklah gunanya. saya setuju dengan pepatah ini, tapi bukanlah tidak berguna jika kita menyesal,ia berguna supaya kita mengambil pengajaran atas apa yang berlaku dan berjanji tidak mengulanginya lagi. tapi sekarang ni ramai ambil pendekatan mudah, "dah tua nanti la baru aku taubat, sekarang ni muda lagi enjoy la dulu.." atau "kalau aku bertaubat kang aku buat lagi, baik x payah". ramai jugak yang bercadang untuk bertaubat selepas menunaikan haji, setelah bersara, setelah berilmu, setelah berjaya meninggalkan maksiat, setelah berkeluarga, dan sebagainya. lebih kurang macam tu la jugak saya dulu. liat untuk bertaubat kerana saya tau saya susah untuk mengelak dari mengulangi dosa yang sama. habis, apa guna bertaubat kan?

sebenarnya saya silap..bertaubat maksudnya dari segi syara' ialah kembali kepada Allah dengan berpegang teguh kepada kewajipan yang diwajibkan kepada hamba-Nya, meninggalkan larangan atau beralih dari setiap perbuatan yang dibenci kepada yang disenangi oleh Allah. jadi kalau saya katakan dulu saya bertaubat tu bohonglah sebab selepas bertaubat saya tetap melakukan perkara2 yang dibenci Allah. itu bukan taubat namanya. dan bagaimana kalau belum sempat bertaubat (dengan taubat yang sebenar) ajal terlebih dulu datang menjemput kita? apa bekalan yang kita ada? cukupkah pahala yang kita ada untuk menampung dosa2 kita yang bertimbun kerana tidak dihapuskan melalui taubat? tiada individu yang layak menentukan bila masanya seseorang itu harus bertaubat. perintah Allah agar bersegera bertaubat tidak pernah ditetapkan masa-masanya yang tertentu, tempat2 yang tertentu, situasi yang tertent, malah seseorang hamba yang tahu dirinya berdosa diWAJIBkan agar cepat2 bertaubat. ini kerana manusia sering didominasi oleh hawa nafsunya dan godaan syaitan. Maka bagi sesiapa yang telah melakukan kesalahan atau merasa berdosa, sama ada besar atau kecil, yang telah lama berlaku atau yang baru saja dilakukan, segeralah bertaubat. bertaubatlah atas setiap dosa yang dilakukan dan berazam sepenuh hati tidak akan mengulanginya lagi. dan jika TER-buat kesalahan lagi sama ada sedar atau tidak sedar, bertaubatlah lagi. Allah yang Maha Penyasih dan Maha Penyayang itu sesungguhnya juga Maha Pengampun. yakinlah bahawa Allah akan mengampuni dosa kita, insyaAllah. Firman-Nya:

"Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! semoga kamu mendapat kemenangan"
(an-Nuur:31)

Firman Allah lagi:

"Katakanlah! wahai hamba2 Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)"
(az-Zumar:53-54)

Allah telah menjanjikan rahmat dan pengampunan dari semua dosa kepada hambanya yang bertaubat. so what are we waiting for? nabi Muhammad SAW walaupun baginda seorang nabi dan rasul yang confirm masuk syurga pun tetap bertaubat setiap hari inikan pula kita. malunya rasa diri ini. malu dengan status yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan kekasih Allah dan malu mengenangkan dosa2 yang telah dilakukan.

antara cara2 taubat mengikut ahli sunnah wal jamaah ialah:

# menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa di akhirat kelak jika tidak bertaubat.

# berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.

# meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah lahir dan batin, dan beralih kepada yang diredhai dan dicintai-Nya.

pastikan taubat itu benar2 dari rasa takut, kesedaran dan gentar terhadap seksa Allah, mengharapkan apa yang ada disisi-Nya dan khawatir terhadap ancaman-Nya. sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka kecuali setelah roh berada di kerongkong (sakaratul maut) dan setelah matahari terbit dari barat yakni akhirat. orang yang suka bertaubat amat mulia disisi Allah dan dicintai-Nya. Allah az bergembira dengan taubat seseorang mukmin sehinggalah ia menjadi kekasih-Nya. Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang mahu bertaubat dan orang2 yang mahu membersihkan dirinya sendiri".
(al-Baqarah:222)

atas kesedaran, kekesalan dan keazaman untuk bertaubat dan menjadi muslimah yang sempurna, saya mewujudkan blog ini sebagai peringatan kepada saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian. sebenarnya saya sudah lama berazam untuk bertaubat cuma belum punya kekuatan sebenar sehinggalah hari ini. dan saya harapkan dengan amalan yang sedikit di sini tapi mungkin bermakna sedikit sebanyak dapat topup pahala saya agar dapat menampung dosa yang banyak di hari pertimbangan kelak, insyaAllah.. jika saya telah menulis di sini, mengajak saudara-saudari se-Islam berbuat baik sudah tentulah saya dengan sedaya upaya saya akan berbuat baik jugak. kalau tidak apa gunanya menegur atau mengingatkan orang lain jika diri sendiri masih di takuk yang lama. ini sebagai semangat kepada saya untuk ber'hijrah'. jika ada salah dan silap harap pembaca sekalian tolong betulkan saya, insan yang sedang belajar ini,insyaAllah..

salam ukhuwah.

No comments:

Post a Comment