Monday, August 1, 2011

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ya ramadhan.. :)



Today's the first day of ramadhan. Alhamdulillah, semalam seluruh umat islam dah mula laksanakan sunat terawih. Macam mana dengan plan untuk sebulan ramadhan ni? dah ada ke belum? kalau belum, here's a few tips, check this out:


1. Bangun awal pagi
2. Solat sunat tahajud
3. Solat sunat taubat
4. Solat sunat hajat
5. Solat sunat witir
6. Sahur di hujung waktu
7. Bersugi
8. Solat sunat rawatib sebelum subuh
9. Solat subuh berjemaah
10. Berselawat ke atas Nabi Muhammad saw
11. Membaca al-Quran
12. Membaca al-Mathurat/ wirid sehingga terbit matahari
13. Niat yang baik sebelum belajar/ bekerja
14. Solat sunat dhuha
15. Tidur khaululah sebelum zuhur
16. Solat sunat rawatib sebelum zuhur
17. Solat zuhur berjemaah
18. Solat sunat rawatib selepas zuhur
19. Membaca al-Quran
20. Solat sunat rawatib sebelum asar
21. Solat asar berjemaah
22. Membaca al-Quran / al-Mathurat
23. Banyakkan berdoa dan beristighfar
24. Membeli/ menyedia makanan berbuka tanpa berlebihan
25. Berbuka puasa dengan kurma dan air terlebih dahulu
26. Solat maghrib berjemaah
27. Solat sunat rawatib selepas maghrib
28. Membaca al-Quran
29. Solat sunat rawatib sebelum isyak
30. Solat sunat isyak berjemaah
31. Solat sunat rawatib selepas isyak
32. Solat sunat tarawih
33. Tadarus al-Quran
34. Study
35. Niat puasa sebelum tidur
36. Tidur awal supaya bangun awal
37. Membaca doa supaya dipertemukan dengan lailatul qadar
38. Beristighfar


Disamping itu, banyakkan berzikir, bersedekah, berdoa, menjaga pandangan, dan ingat batas-batas larangan di dalam islam k. Selamat beribadah di dalam bulan Ramadhan, dimana setiap amalan diberi balasan berlipat kali ganda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Good Luck! :)
Rujukan: Solusi keluaran 34

Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 26, 2011

perbaiki diri



diri ini rasa lemah
diri ini tak kuat
diri ini tak mampu
diri ini sangat malas

kenapa kena belajar?
kenapa kena kerja?

kan senang kalau hidup ini hanya solat semata-mata
kan senang kalau hidup ini makan minum semata-mata
kan senang kalau dapat apa yang diri ini hendak
kan senang kalau.. sampai bila "kan senang kalau.."?

mahu senang tapi tak mahu berusaha
kalau tak belajar bagaimana nak solat?
kalau tak kerja bagaimana nak makan minum?
kalau malas bagaimana nak berjuang untuk agama?

sedang islam memerlukan penjihadnya
bukan pementing diri sendiri
yang hanya ingin bersenang lenang di atas muka bumi
yang hanya memikirkan hal diri sendiri

islam perlu ditegakkan
fikiran dan tenaga ummat penentu kegemilangan islam
bagaimana rasulullah ingin menjadi saksimu nanti
bagaimana rasulullah ingin memberi syafaatnya nanti
sedang engkau hanya mementingkan diri sendiri

ayuh,bersemangat!!
berkorban untuk perjuangan islam
jangan hanya beramal untuk diri sendiri
sedang rasulullah sampai berdarah memperjuangkan islam
inikan pula diri ini yang entah siapa-siapa

satu persoalan, sudah cukup layakkah diri ini diiktiraf sebagai pembela agama Allah?

"sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh" 
as-Saff:4


Monday, June 27, 2011

Sunday, June 19, 2011

my turning point

Assalamualaikum wbt

The day after tomorrow I'm going to face the end of year 4 exam, which is also the second last exam before the most extremely difficult exam; professional exam III (get it?) I don't know about the other students, but for me it will be an extremely difficult exam, whereby I must have faint the day before that. Oh I hope no. Despite having to study for this current exam, my mind suddenly started flashback the memories of my teenage-to-adult stage in life. I remember the first day I entered this medicine school when my parents sent me to UiTM Shah Alam campus and I ended that day with tears without tissues. At that time, it was very ‘sememeh’. Later I thought I was lucky to have my special friend aka bf here who can help me whenever I needed but never thought that I was actually topping up my sins with him by hanging out together without any purpose. It was back then until I realized life is not just about being a student, being a good daughter, getting a job, and getting married, but to live in this world which has its creator is to be a slave to the Almighty, Allah swt.

It was not just suddenly I realized that fact, of course something did happen to me during my third year in medical school. With the massive problems I have at that time, I was so lucky to have the sweetest and kindest friends in the world who really care to support me, advice me, and help me to get through. I learned a lot from them. Alhamdulillah, they benefited me a lot to prepare for hereafter. Though I was born in a quite strong religious family, I feel like it was my first time hearing the commandment of Allah swt:

And I did not create the jinn and mankind except to worship Me” 51:56

I don’t know, maybe I have heard that verse before, during my standard 2 quran class with an ustaz when he asked everybody in class “what is the purpose Allah created us in this world? I want everybody give at least a reason”. I answered “we were created so that He could see which one among us is good and which one is bad”. As a reply to all reasons given by students, the ustaz replied, “All your reasons are true”. That means my answer also true. So I grow up with believe in my mind that God wants to see which one among us is good and which one is bad, without really understand the meaning of ‘good’.

Until someone among my friends told me about this az-zhariyat verse, it became more clearer to me that the exact and more precise purpose of this life is to be the humble servant of Allah swt, meaning to worship Him in everything we do. Started with that aayat I learned more and more, little by little about al-Quran. Not just recite it as I always do, but I also started to learn the meanings inside. Praise to Allah, things that I did, I found tranquility inside. Now that I know Allah loves me a lot and the fact that He is the one who love me most, I feel guilty and ashamed to do things that He dislike. Same like we can’t afford to do things that our love one hates. Except that this is more than that, because Allah is our God and we are His servant.

Of course, a regular normal human can’t always be perfect. Our iman goes up and down, same goes with me. There are times I forget, I engrossed by mundane lives, but I do hope when my time to leave this world come, I’ll leave this world at a perfect time when my iman is at the peak. That is my du’aa. So, for those who read my blog, this is the story of my turning point in life. How about yours? Have you had one? If you have not, please ask yourself what is the purpose of your life in this world? Is it just to be a regular muslim who just perform ibadah without knowing the beautiful reason behind it, or to be a perfect muslim who really care about live hereafter and to use the opportunity of this world to get the permanent live in jannah? Ask yourself, ask your heart, and ask your iman. InsyaAllah, you will find your turning point in life.  Pray for me to be remained in the pure faith, insyaAllah.

And don't forget to pray that i do well in this exam too. ;)

Allah loves you a lot. Salam.


Tuesday, April 19, 2011

Qasidah Burdah =)

Burdah is always my favourite no matter in what version it is! =)


Here is the one which i made as my phone's ringing tone since half a year ago, from Mesut Kurtis! =)


Another version, yang selalu 'meruntun hati ku'....
Cuba click sini dan jugak situ ;-)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

Monday, April 18, 2011

kebesaran Allah

Jom tengok video ni!



Sunday, April 17, 2011

bukan tempat bersenang-lenang

سْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

Sabda Rasulullah saw, كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ
"Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah orang yang asing dan seorang pengembara" -hadith riwayat al-Bukhari


Tika ini, hati ini sangat merindui Baginda saw, dengan setiap sabdanya yang setiasa meruntun perasaan dan meninggalkan bekas di hati. Kalau dulu, jika bangun tidur dalam keadaan tidak yang tak bersedia, tak berselimut, tak puas tidur, maka tidur itu disambung semula untuk mendapatkan bahagian 'nyenyak' yang tak dirasai itu. Tapi kini, hadith Baginda saw yang entah bagaimana muncul semula di benak fikiran, seolah-olah mengingatkan diri ini bahawa, nyenyak itu tidak penting, selesa itu tidak penting. Dunia ini hanya sementara, hanya tempat persinggahan seorang asing yang mengembara ke destinasi akhirat. Justeru jika terbangun dalam keadaan buku-buku bertaburan di atas katil, menyebabkan tidur yang hanya menggunakan separuh katil, tanpa alas kepala, dan tanpa selimut, tidur itu tak perlu disambung. Tak perlu. Cukuplah tidur yang tidak nyenyak itu untuk cas tenaga semula, untuk teruskan ibadah kepada Allah disamping mengumpul bekalan-bekalan sepanjang menuju destinasi akhirat. Tidur seorang pengembara, begitu lah yang sepatutnya. Bukan nak bersenang lenang. Ada objektif yang lebih penting untuk dicapai.



Dalam sebuah hadith lain Rasulullah saw ada menyebut dunia yang kita duduki sekarang adalah ladang tempat bercucuk tanam, yang hasilnya bakal dipetik  di akhirat kelak. Dunia bukan tempat bersenang-lenang, bukan tempat bersuka ria tapi hanya tempat persinggahan semata. Umpama perjalananku dari kampung halaman ke tempat menimba ilmu, dunia itu ibarat R&R. Tempat persinggahan untuk solat, mengisi minyak, makan dan berehat sebentar sebagai pengecas tenaga. Kemudian tanpa berniat untuk bertahan lama di situ, perjalanan akan diteruskan untuk sampai ke destinasi impian. Oh diri, ingatlah hakikat dunia ini hanya permainan dan gurau senda. Tuhanku Tuhanmu jua berfirman:


"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu" -Muhammad:36


Ada yang lalai walaupun datang dari keluarga beriman, ada yang bertaqwa dan bersungguh-sungguh nak mengimankan keluarga, ada yang suam-suam suku dalam beragama, ada yang tak faham langsung agama tapi tak teringin pun nak ambil tahu, ada yang suka hati nak buat apa macam dunia dia yang punya. Macam dalam drama. Memang betul permainan. Memang betul senda gurau. Hanya dengan iman dan taqwa, dunia yang fana ini dapat diredahi dengan jayanya. Ingatlah. Segala amalan baik atau buruk di dunia akan dicatat walau sebesar zarah sekalipun. Yang buruk akan dibalas dengan satu keburukan, tapi yang baik akan dibalas berganda-ganda kebaikan. Itu janji Allah sendiri. Itu juga tanda Allah sangat sayangkan hambanya. Jadi masih adakah alasan untuk kita bersenang-lenang di dunia?


Hati ini tidak senang. Hati ini kerisauan. Hati ini mengharapkan keampunan Allah atas dosa-dosa lalu. Di masjid, insyaAllah pasti ada ketenangan di situ. Assalamualaikum.



Saturday, March 26, 2011

bila diri lemah



Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah