Sunday, August 22, 2010

halwa telinga


Sami Yusuf - Asma Allah

ketenangan adalah suatu kenikmatan.. :)

Sunday, August 15, 2010

Astaghfirullah..


Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan yang disembah? Lalu dia disesatkan oleh Allah dalam keadaan dirinya berilmu dan dimeteraikan pula atas pendengaran dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah? Oleh itu, mengapa tidak ingat dan insaf?
(al-Jaatsiyyah:23)



Saturday, August 14, 2010

peranan kita

sedar bukan tak sedar, tapi kadang-kadang terlupa atau terlalai... ini sebenarnya peranan kita:

"Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk BERIBADAH kepada-Ku"
- adz-Dzariyat:56

dan

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH di bumi," Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan (khalifah) orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui."
-al-Baqarah:30

renung-renungkan dan selamat beramal.. ;)



semoga berjodoh dengan ramadhan hingga ke akhirnya :)

Ramadhan bulan keberkatan.. di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah, dan di hujungnya kebebasan dari api neraka..


Assalamualaikum wbt.
Tiga hari sudah umat Islam bagi yang di Malaysia mengerjakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Ingin hamba yang da'if ini berkongsi sedikit peringatan, setakat yang mampu tentang bulan Ramadhan. sebagaimana firman Allah: 


"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman" - adz-Dzariyat: 57


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan rahmat dan kasih-Nya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadhan. Berdoalah semoga Allah panjangkan umur kita agar berjodoh dengan Ramadhan kali ini sehingga menjelangnya Syawal. Agar dapat kita beramal dengan seamal-amalnya, beribadat dengan sepuas-puas hati, meng-topup pahala kita sebanyak mungkin dan di akhir Ramadhan nanti kita lahir sebagai seorang hamba sejati yang lebih tingkat keimanannya dan mendapat rahmat Allah swt. InsyaAllah. Sebagaimana sabda baginda Rasulullah SAW ketika menjelang Ramadhan yang bermaksud:


"Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan. Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi" - riwayat Ahmad dan an-Nisai


Sahabat-sahabat ku, hadith ini membawa maksud yang kedatangan Ramadhan adalah peristiwa yang amat bermakna bagi orang mukmin. Ini adalah bulan penuh keberkatan, di mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, malah jalan ke arah dosa disempitkan. Ini adalah pemberian Allah yang tiada tolok bandingnya. Tanda kasih sayang Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana hanya umat kita yang mendapat peluang begini. Wah.. alhamdulillah.. Jadi apa kita tunggu lagi. Sangatlah rugi andai kita tidak menerima tawaran dan pemberian Allah yang sangat lumayan ini. Hanya sekali dalam setahun. Itu pun belum tentu kita dapat hidup sehingga Ramadhan seterusnya. Tak kan kita tak nak keberkatan lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan lebih 83 tahun? Kita pun belum tentu dapat hidup selama itu. Ayuh sahabat-sahabatku, kita tak nak jadi orang yang rugi kan? ;)


Firman Allah lagi,
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" - al-Baqarah:183


Ayat ni disamping menyatakan kewajipan puasa, ia juga menyatakan tujuan ibadah kita iaitu "agar kamu bertaqwa". Maqam taqwa ialah darjah tertinggi yang boleh dicapai oleh seorang hamba. Orang yang bertaqwa dijanjikan syurga oleh Allah:


"Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya" - al-Qalam:34


Bahkan bukan saja kesenangan di akhirat, orang-orang bertaqwa diberikan Allah kesenangan di dunia lagi. Sebagaimana firman Allah:


"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka" - al-Talaq: 2-3


So jom jom! Apa kita nak buat Ramadhan ni? Jom checklist: :)


1) Bersahur. Yang bukan sekadar untuk makan menambah tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan dirinya sudah kuat. Tapi sahur lebih dari itu, ia adalah satu sunnah. Sabda Rasulullah SAW,


"Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para malaikat-Nya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur" -riwayat Ahmad


2) 2 rakaat sunat sebelum subuh. Ambillah peluang ketika kita bangun bersahur untuk menunaikan dua rakaat solat tahajjud atau hajat dan berdoalah kepada-Nya yang Maha Mendengar kerana waktu ini adalah waktu yang sangat mustajab untuk berdoa. Atau jika tidak berkesempatan, bersolatlah solat sunat subuh seperti yang disebutkan oleh Nabi SAW:


"Dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya" - riwayat Ahmad, Muslim, Tirmizi dan an-Nisa'i


3) Tarawih. Solat ini sangat besar pahalanya seperti hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a.:


"Barangsiapa yang bangun pada malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu"


4) Berpuasa dan menjauhi larangan Allah, berusaha menahan nafsu dan bukan sekadar menahan lapar semata-mata. Puasa bukan kerana budaya, bukan kerana adat, bukan kerana manusia, bukan kerana kesihatan, bukan kerana ketiadaan makanan, bukan kerana nak kurus. Tetapi kerana keazaman memenuhi tuntutan iman dan benar-benar mengharapkan keredhaan Allah. Sabda Nabi SAW:


"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengetahui batas-batasnya dan ia menjaga diri dari segala apa yang patut dijaga, dihapuskan dosanya yang sebelumnya" - riwayat Ahmad dan Baihaqi


Antara batas-batas yang perlu dijaga untuk mendapat puasa yang berkualiti:
- menjaga mata dari melihat maksiat dan melakukan maksiat.
- menjaga lisan dari perkataan yang tak keji dan tak bermanfaat dan bergurau yang melampau, apatah lagi mengumpat.
- menjaga telinga dari mendengar apa yang tak baik dari ukuran agama.
- menahan anggota tubuh yang lain dari melakukan dosa especially tangan dan kaki.
- menahan diri dari terlalu banyak makan atau membazir sewaktu berbuka.
- hendaklah hatinya menggantung harap dan takut mengenai diterima atau tidak puasanya hari itu.


5) Membaca al-quran sebagai amalan harian sepanjang bulan Ramadhan. Malah amatlah digalakkan mengkhatam quran sekurang-kurangnya sekali dalam bulan mulia ini. 


"Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi umat manusia, penerang kepada petunjuk dan pembeza (antara haq dan batil) -al-Baqarah:185


6) Memberi makan kepada orang lain. Yang mana merupakan satu tugas yang amat mulia. Maka berilah makanan kepada orang berbuka.


Dari Abdullah bin Amr r.a. ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik". Rasulullah SAW menjawab: "Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal" -riwayat Bukhari


"Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun dari pahalanya" -riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi


7) Bersedekah. Terutamanya untuk saudara-saudara seIslam di Palestin.


"Sedekah itu perisai dan benteng kukuh yang melindungi seseorang dari api neraka" -riwayat Ahmad


8) Banyakkan beristighfar dan mengucap dua kalimah shahadah. Amalan ini dapat membersihkan hati disamping kita bertaubat kepada Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. amin..


9) Qailulah yakni tidur sekejap sebelum zuhur. Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SAW ada melakukannya. Malah rahsia disebalik qailulah ini adalah supaya kita kuat untuk bangun qiamullail.


10) Membaca al-Ma'thurat dan banyakkan berzikir (especially bagi wanita-wanita yang uzur yang tidak dapat melakukan amalan  lain), bersolat jemaah bagi setiap solat fardhu dan solat tarawih, i'tikaf di masjid, menghadiri majlis ilmu... dsb, dll, etc. ;)




Akhir sekali apa kata kita buat assessment sikit. Penilaian diri sendiri tentang tahap pencapaian amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ni. InsyaAllah dengan jadual yang teratur dan perancangan yang rapi, kita akan berjaya capai target peningkatan iman kita sepanjang bulan ni. dan semoga istiqamah ke bulan-bulan selepas ramadhan dan seterusnya, insyaAllah. Semoga mendapat keberkatan dan rahmat kasih sayang Allah. Good luck everyone! :)




sumber rujukan: blog muslim professionals forum, ceramah ustaz Rashidy Jamil ar-Rashid, & a friend of mine :)

Sunday, August 8, 2010

assalamualaikum wbt.


minggu ni sebab kena bentang usrah bab hadith so nak sampaikanlah jugak apa yang dikongsi di usrah dengan siapa-siapa yang mungkin membaca blog ni. sharing is caring kan. Allah sukakan hamba-Nya yang berpesan-pesan dengan kebenaran. moga-moga dapatlah sikit pahala kat sini insyaAllah. moga tersemat di dalam ingatan elok-elok dan tak lupa-lupa dah pasni insyaAllah. (hehe..) kali ni nak cakap pasal hadith ke-16 daripada hadith arbaiin (ertinya hadith 40). siapa tau berkaitan apa? ya betuuul! yakni hadith berkaitan menahan marah/jangan marah (لا تغضب). 


Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah SAW: "Berpesanlah kepadaku" Sahut Nabi: "Janganlah engkau marah." Kemudian lelaki itu mengulangi beberapa kali minta dipesani. Maka Baginda masih tetap berkata: "Janganlah engkau marah."

Sahabat-sahabat, larangan ini sangat penting dan besar faedahnya pada kita. yang dimaksudkan Rasulullah SAW pada perkataan "لا تغضب" itu ialah jangan menurut nafsu kemarahan, bukanlah melenyapkan terus nafsu itu. kerana kemarahan adalah satu daripada tabiat manusia yang tidak mungkin dapat dihapuskan. jadi maksud Rasulullah SAW sebenarnya adalah larangan kepada perkara yang menimbulkan kemarahan itu. sabda baginda SAW pada hadithnya yang lain: 

"Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang menyala-nyala dalam hati anak Adam. Cubalah lihat bila salah seorang daripada kamu dalam kemarahan, kedua matanya merah, urat lehernya kelihatan timbul. Apabila seseorang berasa marah maka hendaklah ia baring atau duduk di atas bumi"

Marah adalah pembuka jalan kepada syaitan untuk menundukkan manusia di bawah pengaruhnya serta mencarikkan kemuliaan akhlak manusia. sifat marah yang tidak terkawal akan menyebabkan hilangnya rasa hormat manusia kepada diri sendiri dan kepada orang lain. sebab itu hari ini kita banyak dengar berita di dada-dada akhbar menceritakan kes bunuh, tetak, seksa.. kerana marah dan dendam antara manusia. ada satu kes tu pulak, kerana marahkan isteri, si suami membunuh si isteri dan kemudian membunuh dirinya sendiri. maka sah-sah lah dia tak dapat masuk syurga bila sampai destinasi akhirat nanti kan. bertepatan sangatlah dengan sabda Rasulullah SAW:

"Tunjukilah saya amalan yang bakal menyebabkan saya dapat masuk syurga" Bersabda Rasulullah SAW: Jangan marah! Nescaya engkau akan masuk syurga" (riwayat at-Tabrani)

dengan marah kebahagiaan menjadi koyak, jiwa menjadi tegang, serta kebahagiaan yang diharapkan bertukar menjadi kekacauan dan keburukan. setengah hukuma' berkata: Lebih baik sebuah kapal dipermainkan gelombang hingga kehilangan pedomannya daripada seorang pemarah. Sebab walaupun kapal itu telah rosak, orang yang melihatnya masih sayang dan pilu hati. Tetapi orang yang marah, bertambah ditolong bertambah berang, bertambah dicegah bertambah garang, hingga orang jemu memandangnya.

so, bagaimana cara nak menghilangkan marah ni?

1) Sabda Rasulullah SAW: "Bahawasanya kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka apabila marah mendatangi seseorang maka hendaklah ia berwudhu'"

2) Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah SAW pernah berkata kepada kami, "Apabila marah seseorang daripada kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring."

3) Berkata Nabi Isa as. kepada Nabi Yahya bin Zakaria 'alaihimassalatu wassalam: "Saya akan mengajar engkau satu ilmu yang berguna iaitu janganlah engkau marah." "Bagaimana caranya supaya saya jangan marah?", tanya Nabi Yahya as. Jawab Nabi Isa as."Bila ada orang yang menyatakan tentang kesalahan engkau, maka katakanlah itu sememangnya dosa yang saya tidak ingat dan kerananya saya minta keampunan kepada Allah. Dan jika ada orang yang mengatakan sesuatu yang tidak ada pada engkau, maka bersyukurlah kepada Allah kerana dia telah membuat kebaikan kepada engkau dengan menghina engkau."

4) "Lebih baik diam dari berbicara" - Dr. Aidh Abdullah al-Qarni (ulama' Arab Saudi & penulis buku Menjadi Wanita Paling Bahagia :))

Tetapi,jangan lupa! Islam mengajar umatnya hendaklah jangan marah dan hendaklah marah. tetapi biarlah kena pada tempatnya. Rasulullah SAW sendiri juga pernah marah. kemarahan baginda adalah kerana ada sebab yang tidak disukai yang menyalahi dari yang benar sebagaimana yang diajarkan agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama.

Pada suatu masa pernah seorang mengadu kepada baginda hal seorang imam yang memanjangkan solatnya bersam makmumnya sehingga setengahnya ada yang tidak mahu mengikutinya lagi. Mendengar ini Rasulullah SAW pun nampak kelihatan marahnya dan terus memberi pengajaran dan menyuruh imam itu supaya meringankan saja solatnya yakni agar tidak memberatkan para makmum.

Begitu juga waktu dilihatnya ada kahak dalam masjid di bahagian qiblatnya, baginda tidak diam membisu. tetapi dilahirkan tanda kemarahannya dan berkata: "sesungguhnya apabila salah seorang kamu berada di dalam solat, maka ketahuilah bahawa Allah dihadapannya. Dan kerana-Nya maka janganlah ia membuang kahaknya di hadapan-Nya waktu dalam solat."

Lihat, kemarahan Rasulullah adalah kerana kebenaran tetapi kemarahan baginda itu dilahirkan dengan cara yang sopan. Janganlah marah kalau tidak ada sebab yang munasabah. tetapi jangan pula diam kalau kehormatan peribadi dan agama dihinakan dan dicerobohi orang. 

Jangan marah. Ia hanya merosakkan kejernihan jiwamu. Kawallah kemarahan dengan akal fikiranmu.
-kata pujangga

wallahu a'lam.


sumber: buku Hadith 40 Mustafa 'Abdul Rahman, buku Hadis-hadis Penenang Jiwa Rashidy Jamil ar-Rashid.

mission possible

Rasullullah SAW bersabda, iman itu bukan sekadar kata-kata, bukan sekadar angan-angan, tetapi iman itu adalah apa yang tersemat di dalam hati dan dibuktikan dengan amal.

ingat tu, take note. iman bukan sekadar kata-kata dan harapan untuk menjadi seorang beriman tapi untuk menjadi seorang hamba Allah yang beriman mesti dibuktikan dengan amalan. bukankah iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan? jadi kalau sekadar membenarkan dengan hati dan menyatakan dengan lisan belum cukup beriman seseorang itu. itu pun belum tentu yang menyatakan dengan lisan itu sebenarnya di dalam hati dia membenarkan. mungkin dia hanya menyatakan yang zahir yakni dengan lisan dan amalan tetapi sebenarnya tidak membenarkan dengan hati, itu munafik namanya. atau membenarkan dengan hati dan menyatakan dengan lisan tetapi tidak mengamalkan dengan anggota yakni fasik. jaga-jaga, khuatir silap-silap menjadi kafir pula (nauzubillah). so...jom sahabat-sahabat! yuk! mari sama-sama menjadi seorang yang beriman, yang sempurna imannya. atau mari berlumba, siapa yang lebih beriman ;). (hehe..) sudah tentu tak dapat tentukan pemenangnya. cuma sekadar pembakar semangat untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah. topup pahala amalan sebanyak mungkin ayuh! fighting!;)