minggu ni sebab kena bentang usrah bab hadith so nak sampaikanlah jugak apa yang dikongsi di usrah dengan siapa-siapa yang mungkin membaca blog ni. sharing is caring kan. Allah sukakan hamba-Nya yang berpesan-pesan dengan kebenaran. moga-moga dapatlah sikit pahala kat sini insyaAllah. moga tersemat di dalam ingatan elok-elok dan tak lupa-lupa dah pasni insyaAllah. (hehe..) kali ni nak cakap pasal hadith ke-16 daripada hadith arbaiin (ertinya hadith 40). siapa tau berkaitan apa? ya betuuul! yakni hadith berkaitan menahan marah/jangan marah (لا تغضب).
Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah SAW: "Berpesanlah kepadaku" Sahut Nabi: "Janganlah engkau marah." Kemudian lelaki itu mengulangi beberapa kali minta dipesani. Maka Baginda masih tetap berkata: "Janganlah engkau marah."
Sahabat-sahabat, larangan ini sangat penting dan besar faedahnya pada kita. yang dimaksudkan Rasulullah SAW pada perkataan "لا تغضب" itu ialah jangan menurut nafsu kemarahan, bukanlah melenyapkan terus nafsu itu. kerana kemarahan adalah satu daripada tabiat manusia yang tidak mungkin dapat dihapuskan. jadi maksud Rasulullah SAW sebenarnya adalah larangan kepada perkara yang menimbulkan kemarahan itu. sabda baginda SAW pada hadithnya yang lain:
"Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang menyala-nyala dalam hati anak Adam. Cubalah lihat bila salah seorang daripada kamu dalam kemarahan, kedua matanya merah, urat lehernya kelihatan timbul. Apabila seseorang berasa marah maka hendaklah ia baring atau duduk di atas bumi"
Marah adalah pembuka jalan kepada syaitan untuk menundukkan manusia di bawah pengaruhnya serta mencarikkan kemuliaan akhlak manusia. sifat marah yang tidak terkawal akan menyebabkan hilangnya rasa hormat manusia kepada diri sendiri dan kepada orang lain. sebab itu hari ini kita banyak dengar berita di dada-dada akhbar menceritakan kes bunuh, tetak, seksa.. kerana marah dan dendam antara manusia. ada satu kes tu pulak, kerana marahkan isteri, si suami membunuh si isteri dan kemudian membunuh dirinya sendiri. maka sah-sah lah dia tak dapat masuk syurga bila sampai destinasi akhirat nanti kan. bertepatan sangatlah dengan sabda Rasulullah SAW:
"Tunjukilah saya amalan yang bakal menyebabkan saya dapat masuk syurga" Bersabda Rasulullah SAW: Jangan marah! Nescaya engkau akan masuk syurga" (riwayat at-Tabrani)
dengan marah kebahagiaan menjadi koyak, jiwa menjadi tegang, serta kebahagiaan yang diharapkan bertukar menjadi kekacauan dan keburukan. setengah hukuma' berkata: Lebih baik sebuah kapal dipermainkan gelombang hingga kehilangan pedomannya daripada seorang pemarah. Sebab walaupun kapal itu telah rosak, orang yang melihatnya masih sayang dan pilu hati. Tetapi orang yang marah, bertambah ditolong bertambah berang, bertambah dicegah bertambah garang, hingga orang jemu memandangnya.
so, bagaimana cara nak menghilangkan marah ni?
1) Sabda Rasulullah SAW: "Bahawasanya kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka apabila marah mendatangi seseorang maka hendaklah ia berwudhu'"
2) Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah SAW pernah berkata kepada kami, "Apabila marah seseorang daripada kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring."
3) Berkata Nabi Isa as. kepada Nabi Yahya bin Zakaria 'alaihimassalatu wassalam: "Saya akan mengajar engkau satu ilmu yang berguna iaitu janganlah engkau marah." "Bagaimana caranya supaya saya jangan marah?", tanya Nabi Yahya as. Jawab Nabi Isa as."Bila ada orang yang menyatakan tentang kesalahan engkau, maka katakanlah itu sememangnya dosa yang saya tidak ingat dan kerananya saya minta keampunan kepada Allah. Dan jika ada orang yang mengatakan sesuatu yang tidak ada pada engkau, maka bersyukurlah kepada Allah kerana dia telah membuat kebaikan kepada engkau dengan menghina engkau."
4) "Lebih baik diam dari berbicara" - Dr. Aidh Abdullah al-Qarni (ulama' Arab Saudi & penulis buku Menjadi Wanita Paling Bahagia :))
Tetapi,jangan lupa! Islam mengajar umatnya hendaklah jangan marah dan hendaklah marah. tetapi biarlah kena pada tempatnya. Rasulullah SAW sendiri juga pernah marah. kemarahan baginda adalah kerana ada sebab yang tidak disukai yang menyalahi dari yang benar sebagaimana yang diajarkan agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama.
Pada suatu masa pernah seorang mengadu kepada baginda hal seorang imam yang memanjangkan solatnya bersam makmumnya sehingga setengahnya ada yang tidak mahu mengikutinya lagi. Mendengar ini Rasulullah SAW pun nampak kelihatan marahnya dan terus memberi pengajaran dan menyuruh imam itu supaya meringankan saja solatnya yakni agar tidak memberatkan para makmum.
Begitu juga waktu dilihatnya ada kahak dalam masjid di bahagian qiblatnya, baginda tidak diam membisu. tetapi dilahirkan tanda kemarahannya dan berkata: "sesungguhnya apabila salah seorang kamu berada di dalam solat, maka ketahuilah bahawa Allah dihadapannya. Dan kerana-Nya maka janganlah ia membuang kahaknya di hadapan-Nya waktu dalam solat."
Lihat, kemarahan Rasulullah adalah kerana kebenaran tetapi kemarahan baginda itu dilahirkan dengan cara yang sopan. Janganlah marah kalau tidak ada sebab yang munasabah. tetapi jangan pula diam kalau kehormatan peribadi dan agama dihinakan dan dicerobohi orang.
Jangan marah. Ia hanya merosakkan kejernihan jiwamu. Kawallah kemarahan dengan akal fikiranmu.
-kata pujangga
wallahu a'lam.
sumber: buku Hadith 40 Mustafa 'Abdul Rahman, buku Hadis-hadis Penenang Jiwa Rashidy Jamil ar-Rashid.
No comments:
Post a Comment